Sep 20, 2009

Bulan keberkatan telah meninggalkan kita.....Syawal telah kembali.

Assalamualaikum,

Imam Syafi'e pernah bertanya kepada anak buahnya, "Apakah benda yang paling dekat dengan kita?" Pelbagai jawapan yang dikeluarkan oleh anak buahnya seperti rumah saya, pensel di tangan saya dan sebagainya. Imam Syafi'e menjawb, "semua itu benar tetapi yang paling tepat ialah kematian." Soalan kedua diajukan, "Apakah pula benda yang paling jauh dengan kita?" Seperti tadi, pelbagai jawapan diterima seperti Kuching, Yugoslavia dan Papua New Guinea. Imam Syafi'e menjawab,"semua itu benar tetapi yang paling tepat ialah masa lalu."

Sungguh mendalam jawapan yang diberikan oleh Muhammad bin Idris as-Syafi‘e tersebut. Tetapi, itulah kebenarannya. Kini, di saat saya sedng menulis blog ini....sudah 1 syawal 1430H. Tanpa disangka, 30 hari Ramadhan telah berlalu begitu saja. Itulah benda yang paling jauh. Masa lalu. Sudah pasti, kita tidak dapat untuk kembali pada tarikh 1 Ramadhan 1430H. Jadi, berharaplah kepada Allah supaya segala amal yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan diterimaNya. Bulan yang penuh keberkatan telah pergi dan kini Syawal penggantinya. Semakin hari, semakin meningkat usia kita. Kita tidak tahu berapa lama lagi roh kita akan kekal setia bersama jasad yang ada sekarang. Suatu hari, roh kita akan kembali kepada Yang Maha Pencipta. Itulah kematian, benda yang paling hampir dengan kita. Dalam kehidupan seharian, masa berlalu begitu pantas.......

Jadi, beramal lah dengan penuh ikhlas kerana kita tidak tahu bila agaknya Allah akan menjemput kita semula. Dalam kita menyambut kemeriahan Syawal, hari kemenangan setelah sebulan berpuasa....janganlah kita lupa pada saudara2 seagama kita yang kurang bernasib baik, janganlah kita terlalu asyik dengan keseronokan duniawi.

Salam Lebaran,

Selamat Menyambut Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

No comments:

Post a Comment