Apr 18, 2010

Golden ratio: Suatu kebetulan?

Salam kepada pembaca,

Sudah lama rasanya x update blog ni. Maklumlah, life kt JAD ni 大変 (memenatkan). So, aku curi masa time weekend je la nk update blog ni. Insya Allah. Utk post kali ni, aku nk crita skit psl Golden Ratio. Mungkin ada yang telah mengetahui dan mungkin juga tidak, tapi inilah satu lg fakta saintifik yang boleh membuktikan kebesaran Tuhan, Allah S.W.T

*p/s: Sy bukanlah seorang professor diraja atau tokoh anugerah nobel, tapi diri hamba yang kerdil ini ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada di tempurung pemikiran ni, walaupn ilmu sy hanyalah sejemput jika nk dibandingkan dengan kalian. Sesungguhnya ilmu yang berfaedah merupakan salah satu amalan yang tidak terputus amalan pahalanya walaupun sesudah mati. Insya Allah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Saya mula kenal dengan golden ratio ni ketika membaca artikel di Azzariyat (www.azzariyat.com). Pada mulanya saya tidak terfikir langsung bahawa ini ada kaitan dengan kebenaran Islam dan keagungan Maha Suci Allah S.W.T kerana hanya menganggap sebagai salah satu silang kata matematik. Maklumlah, perkataan ratio mmg pn blaja dlm maths.

For now, aku skip psl fakta/history/formula or anything yg blh memeningkan kepala. Pada mereka yg berminat utk mengetahui ngan lebih lanjut, blh la pergi ke link INI!!!(Klik di sini)

Sedikit renungan utk difikirkan sejenak; pernah dengar pasl theory big bang? Kononnya penciptaan alam cakerawala ini adalah hasil partikel2 gas yang kecil yang kemudiannya mengembang sehingga ke saiz ketika ini. Namun, masih banyak keraguan dengan teori ini....terlalu banyak persoalan yang tidak dapt dijawab. Misalnya,

How and why did this universe expand?
Bagaimana pula dgn galaksi, bagaimana ianya terbentuk?
Dari mana asalnya partikel gas kecil tersebut? dan
Apa yang ada sebelum kewujudan big bang ni?

Jadi, dapatlah kita sangkal kesemua teori ni kerana ini hanyalah helah para atheis utk menafikan kewujudan Tuhan.

Berpindah pula ke alam semulajadi, bende sekeliling kita. Kemungkinan kesemua anggota badan kita menepati ciri2 golden ratio. Bukan sahaja luaran, malah segala inti dalaman kita juga seperti saiz jantung,paru2 dan sebagainya. Tidak percaya....lihat video ini sehingga habis, Insya Allah anda akan paham.




*Sila tgk sehingga habis utk dapat pemahaman yg jelas...

Jadi, lg sekali....adakah Tuhan tidak wujud? Adakah galaksi ini terjadi hasil teori big bang? Bagaimana pula dengan kejadian manusia? Adakah ketepatan jarak2 anggota badan kita semuanya adalah kebetulan? Bagaimana pula dengan cengkerang siput? Pokok bunga? Ombak? dan lain2. Semuanya mempunyai ukuran yang sama iaitu 1.6180339887 (secara ringkasnya 1.618) dan itulah golden ratio.

Adakah kesemuanya ini juga kononnya sebagai KEBETULAN? Tidak mungkin sama sekali. Kerana ini merupakan penciptaan Yang Maha Agung, perancangan yang teliti, dari sebesar2 kejadian hinggalah sekecil2 perincian, itulah kuasa Allah S.W.T Yang Maha Agung. Renung2kanlah, sekian wassalam.

2 comments:

  1. I like it.Haha.This latest post really interesting.Keep up da good work bro!

    ReplyDelete