Apr 1, 2010

Runtuhnya Abbasiyah


Hulagu Khan, pemusnah Abbasiyah....kenal mereka?


Salam,

Selepas tumbangnya kerajaan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah mengambil alih tampuk pemerintahan. Mereka berkuasa selama 508 tahun bermula 135H/750M-656H/1258M. Semua khalifah Bani Abbasiyah merupakan Al-Abbas iaitu keturunan bapa saudara Muhammad bin Abdullah (Rasulullah).

Serba sedikit mengenai Abbasiyah...semasa kerajaan Bani Abbasiyah memerintah, dunia Islam mengalami kemajuan besar dari segi ilmu pengetahuan. Zaman inilah digelar zaman kemuncak ilmu pengetahuan. Antara usahanya ialah penterjemahan karya2 Yunani, Parsi dan Hindi ke bahasa Arab. Benar kata pepatah, "nak mempertahankan kegemilangan lebih sukar daripada memperoleh kegemilangan." Kerajaan Abbasiyah jatuh pada 656H/1258M di tangan tentera Monggol berdasarkn catatan sejarah. Sewaktu itu, banyak karya2, kitab2 ilmu semua dibakar, dikatakan sehingga air sungai Nil menjadi hitam akibat pembakaran kitab2 dan karya2 ilmu pengetahuan.

Serba sedikit mengenai sejarah Monggol...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

-Orang Monggol berasal dari daerah pergunungan Monggolia
-Keturunan mereka berasal daripada Alanja Khan, yang mempunyai putera kembar bernama Tatar dan Monggol.
-Kedua2 putera melahirkn suku kaum besar iaitu Tatar dan Monggol.
-Bangsa Monggol merupakn orang nomad, menetap di gunung2 dan berpuak2. Mereka terlalu patuh akan arahan ketua.
-Penyatuan bangsa Monggol bermula pada zaman Yasugi Bahadur, menyatukan 13 kabilah Monggol.
-Puteranya, Tamujin menggantikan tempatnya ketika ketiadaannya.
-Tamujin menukar namanya kepada Genghis Khan yang beerti Penakluk Yang Agung.
-Berhasrat menawan seluruh dunia dan menjadikan dunia hanya mempunyai seorang raja iaitu dirinya.
-Hasratnya tidak kesampaian kerana dikalahkan oleh tentera Islam yang berkumpul di Baghdad
-Mempunyai 4 orang putera: Juchi Khan, Chagatai Khan, Ogotai Khan dan Tolui Khan.
-Tolui Khan menguasai kawasan Khurasan dan Parsi.
-5 orang putera Tolui Khan: Mongke Khan, Arik Khan, Hulagu Khan, Boke Khan dan Kublai Khan.
-Semasa kecil, ibu Hulagu Khan sering membisikkan supaya dia dapat menjadi seperti datuknya, Genghis Khan.
-Oleh itu, Hulagu Khan menyimpan cita2 ingin mewarisi kegemilangan Monggol seperti yang pernah dicapai datuknya.

Carta keluarga Genghis Khan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hulagu Khan, cucu kepada penakluk ulung Monggol, Genghis Khan. Lelaki yang keras dan bercita-cita tinggi. Semua itu datang tepat pada waktunya, semasa umat Islam berpecah dan lalai pada tugas hakiki mereka di dunia.

Untuk dapatkan cerita yang lebih lengkap, bacalah buku ini :

"Cucu penakluk agung, Genghis Khan, yang mahu lebih
ulung daripada datuknya. Mewangikan Kota Baghdad
dengan darah, menjadi tujuan utama."

Seriously, it's worth reading it. Just RM24.00. (jadi promoter lak) :)

No comments:

Post a Comment