Jul 2, 2011

Peperiksaan!!!


Assalamualaikum,

Di saat jari-jemari pantas menekan papan kekunci laptop Acer Aspire-ku ini, jarum saat tepat menghabiskan satu putaran yakni membawa erti telah masuk minit yang seterusnya. Kala ini, ruang masa mencatatkan 2 Julai 2011, 3.10 pagi. Malam minggu....

Kebiasaan malam minggu bagiku adalah malam keseronokan...untuk dienjoy dengan futsal, shisha, muvi atau sebagainya. Natijahnya saat ini, hatiku bergelumang dengan perasaan takut dan risau.
*Don't be afraid....it proves that u're a human. Human do have feeling.
Yeah, rite....do have feeling. But that's an uneasy feeling.
Coz what? (Apa la aku mengarut ni? *%&$#)

Kehidupan sebagai pelajar tidak lain tidak bukan adalal untuk belajar. Jadi untuk menguji sejauh mana kefahaman kita trhadap pembelajaran tersebut, diadakan satu sistem iaitu sistem peperiksaan.

*Berdasarkan fakta sejarah yang aku tahu, sejarah sistem peperiksaan ini dimulakan oleh Dinasti Cina, iaitu apabila terdapat 2 jenis peperiksaan; peperiksaan umum & peperiksaan khas. Tujuannya....adalah untuk melantik pembesar negara di samping mendidik anak muda mereka memahami budaya dan kehidupan masyarakatnya.
(Ok, ter-mengarut lagi....*&%#@*)

Ok, abaikan dulu bab sejarah....telah 3 tahun aku tinggalkn matapelajaran sejarah. Almaklumlah, pelajar jurusan kejuruteraan, lebih mementingkan teori sains & perkiraan berbanding fakta hafalan.

My exam slip for this semester...

Mungkin gambar di atas agak kabur, jadi di sini aku senaraikan matapelajaran-ku...

Senarai matapelajaran :

1. Mathematics 3
2. Integrated Japanese
3. Mechanics of Materials 2
4. Thermodynamics 1
5. Machine Design 1
6. Mechanical Instrumentation
7. Mechanism & Machine Elements
8. Experiments in Mechanical Engineering 1
9. Mechanical Engineering Laboratory 1

Ok, 9 subjek semuanya....jadi, kepada semua yang membaca postku ini, tolong lah doa2kan kejayaanku ini. Semoga aku akan berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun sepertimana yang dirancang. Insya Allah...

My examination starts on 4th of July 2011. This upcoming Monday! Just toooo soon


1 comment:

  1. gud luck bro..
    pernah gak tgk movie China pasal exam tuh..
    x tau plak ada kaitan dengan sejarah permulaan exam.. hmm, nanti ak try check sendiri..

    ReplyDelete